Wednesday, April 1, 2009

Laporan Pengembaraan ke Gurney

Penggembaraan menaiki bas ke Gurney telah diadakan pada 22 Mac yang lepas. Kami sekelas HMT 329 telah bersama-sama Dr. Radiah dan Cik Helina bertolak dari USM ke pusat Komtar pada awal pagi. Selepas itu, kami bersama-sama menunggu bas percuma (City Hop On Free ). Di sepanjang perjalanan, kami gemar menangkap gambar yang berkenaan dengan objektif pengembaraan kita terutamanya dari aspek analisis konstrastif.



Gambar ini merupakan sebuah restoran yang terletak di Komtar. Nama restoran ini ialah "Hai Nan Town". Dialek orang Cina dibahagikan kepada pelbagai jenis dan Hai Nan merupakan salah satu dialek bagi orang Hai Nan. Makanan yang paling terkemuka bagi orang Hai Nan ialah "Hai Han Ji Fan" ( nasi ayam ). Papan restoran tersebut menulis "Hai Nan Town" tetapi dalam bahasa Cina cuma diterjemahkan kepada "Hai Nan", ini bermaksud berlakunya pengguguran perkataan "Town" dalam bahasa Cina.

Gambar ini diambil di sekitar bangunan sejarah iaitu Fort Cornwallis. Perkataan-perkataan atas papan ini cuma ditulis dalam bahasa Melayu dan tidak melibatkan bahasa-bahasa lain. Bagi pelancong yang melawat ke Fort Cornwallis, mereka mungkin tidak memahami akan maksud perkataan-perkataan yang atas papan itu.

Gambar ini diambil semasa kita menunggu bas percuma di Komtar. Papan tanda ini ditulis dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. "Free Shuttle" dalam bahasa Melayu dikenali sebagai "Bas Percuma". Saya menghuatiri bahawa sama ada perkataan "Shuttle" boleh ditulis sebagai "bus" dalam bahasa Inggeris kerana "bas" mempunyai maksud yang sama dengan "bus" dan perkataan "bus" adalah lebih mudah difahami maksudnya.


Monday, February 16, 2009

ungkapan "Selamat Tahun Cina" dalam pelbagai dialek Cina

恭喜发财

gōng xǐ fā cāi (Bahasa Mandarin)

gēong hì hùak cāi (Bahasa Teochew)

gēong hì hùat cāi (Bahasa Hokkien)

gūng hī fàt chōi (Bahasa Hakkha)

gōng héi fǎt chǒi ( Bahasa Cantonese)

Sunday, February 1, 2009

HMT 329: "Lagu Untukmu"-MUH

Lagu untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya bonekan yang engkau sering mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahlah engkau fikirkan
Cukuplah cukup oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza berbezaKau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
BebaskanKu ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

sumber: http://www.jiwang.org/portal/modules/liriklagu/liriklagu-comm.php?id=14557

Pada pendapat saya, analisis konstrastif yang dapat kita lakukan terhadap lirik lagu "Lagu Untukmu" ialah setiap pendengar bagi lagu ini mempunyai perbezaan dan persamaan dari segi emosi mahupun kognitifnya. Dari segi emosi, iaitu mengenai perasaan jiwa. Saya berpendapat bahawa "Lagu Untukmu"menimbulkan sentimen dan emosi yang sedih kerana leksikal-leksikal yang digunakan dalam lirik ini telah memperlihatkan luahan seseorang yang mengalami kesedihan, kesukaran, cabaran dan dugaan yang sebegitu sukar ditempuhi sehingga keinginan kebebasan daripada kekasihnya. Oleh sebab isi tersurat mahupun isi tersirat lirik lagu "Lagu Untukmu" adalah senang difahami maka telahpun menyenangkan saya yang selaku pendengar baru terutamanya menyelami perasaan orang yang mencipta lagu mahupun ahli-ahli MUH yang menyanyikan lagu ini.
Walau bagaimanapun, setiap pendengar masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza terhadap lagu ini. Sesetengah individu kemungkinan mempunyai perasaan yang sama dengan saya, kemungkinan juga sesetengah individu mempunyai tanggapan yang berbeza iaitu mempunyai perasaan yang gembira kerana pada akhir lirik "Lagu Untukmu" telah menunjukkan bahawa kebebasan yang diingini. Sekiranya, kebebasan ini diberi dan diterima maka kebebasan ini telah mendatangkan kegembiraan dan dugaan dan masalah yang dihadapi pun berakhirlah.

HMT 329: Latihan kumpulan

Analisis konstrastif Yassier Arafat1) Informan yang mengenali muka, tetapi tidak mengetahui namanya (2/9)2) Informan yang hanya membaca surat khabar berbahasa Cina (7/9)3) Informan yang membaca surat khabar pada bahagian hiburan sahaja (5/9)4) Informan yang tidak meminati berita luar negara. (5/9)5) Informan yang tidak mengenali Yassier Arafat kerana nama beliau ditukar ke dalam bahasa Cina, iaitu “Alafa Ke” (4/9)6) Informan yang kurang membaca surat khabar berbahasa Melayu. (5/9)7) Informan yang tidak membaca surat khabar berbahasa Melayu. (1/9)8) Informan yang tidak suka membaca isu politik. (6/9)9) Informan yang tidak berminat dengan pemimpin luar Negara. (6/9)10) Informan yang tidak menyukai berita luar Negara. (1/9)11) Informan yang kurang meminati berita luar Negara. (3/9)12) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tidak kacak. (1/9)13) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau kurang terkenal. (4/9)14) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan Negara kita. (1/9)15) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan diri informan. (1/9)16) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan pelajarannya. (1/9)17) Informan tidak suka menonton televisyen. (1/9)18) Informan yang tidak suka menonton televisyen, tetapi suka menonton dvd sahaja. (4/9)19) Tiada orang yang pernah memberitahu informan tentang Yassier Arafat. (2/9)20) Informan tidak membaca tentang isu semasa. (1/9)21) Informan yang tidak membaca tentang Yassier Arafat kerana beliau beragama Islam (1/9).22) Informan tidak pernah mencari maklumat tentang Palestin. (1/9)Bagaimana cara untuk membantu informan mengenali Yassier Arafat?1) Carian di internet2) Mengarang esei3) Menjalankan soal selidik

Sunday, January 18, 2009

HMT329: Perbandingan hubungan antara bahasa dan makna

Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna
Tajuk: Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna untuk berita Bernama berbahasa Mandarin dan berbahasa Melayu [Analisis Konstrastif Semantik]

1.0 Pendahuluan

Esei ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan antara hubungan perkataan dengan makna untuk berita Sit Chew Jit Poh dalam bahasa Mandarin dan berita Utusan Malaysia dalam bahasa Melayu. Kami akan mengkaji dari aspek sinonim intrabahasa dan interbahasa. Berita dalam bahasa Melayu yang bertajuk “Tiada bas ekspres selepas tengah malam” akan dibandingkan dari aspek sinonim intrabahasa dan interbahasa dengan berita bahasa Mandarin yang bertajuk “為乘客安全‧長巴或禁午夜上路” ( “wei zheng_ke an_quan, chang ba kuo jing wu ye shang lu” ). Sinonim ialah perkataan yang berlainan bentuk dari segi ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama ( Yule, 1996:118; O’Grady, 2000:225; Fromkin et al, 2003:181; Finegan, 2004: 192; Kuiper & Allan, 2004:54 )

2.0 Tujuan

Tugasan ini ialah menganalisis konstrastif antara kedua-dua berita dalam bahasa Mandarin dan bahasa Melayu. Walaupun dari segi bentuk dan sebutannya adalah berbeza tetapi maksudnya adalah sama iaitu sinonim. Terdapat beberapa contoh yang agak ketara yang membolehkan kita melihat aspek konstrastif dengan mudah. Di sini, persamaan dan perbezaan penggunaan perkataan dapat dilihat dan dikaji dengan teliti pada bahagian dapatan dan analisis.

3.0 Kaedah

Langkah pertama yang kami lakukan adalah mendapatkan data berita Mandarin dan berita Melayu dari laman web Utusan Malaysia (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm). Seterusnya menggunakan kaedah korpus dari TextSTAT. Sebelum memasukkan data bahasa Mandarin ke dalam TextSTAT dikehendaki menterjemahkan berita Mandarin ke ‘han_yu_pin_yin’ kerana dokumen textSTAT tidak dapat menerima kata Mandarin. Kemudian, kami mengeksport bentuk kata dalam Microsoft Excel untuk mendapatkan frekuensi setiap perkataan yang terdapat dalam kedua-dua berita tersebut. Melayari internet di laman web Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan makna perkataan yang dikaji.

4.0 Dapatan dan Analisis

Kami mengkaji Berita 1 dan Berita 2 dari aspek bentuk panggilan bahasa Mandarin dan bahasa Melayu. Dalam berita bahasa Mandarin, “拿督” digunakan untuk merujuk kepada seseorang mempunyai pangkat tertentu terutamanya berkhidmat di kementerian tertentu, maksudnya mempunyai status pekerjaan yang lebih tinggi yang lebih daripada orang biasa. Mengikut Dewan Bahasa Edisi keempat, “datuk” dalam bahasa Melayu bermaksud gelaran kehormat kepada orang yang berpangkat atau bermartabat tinggi ( yang biasanya menjadi pembesar negeri). Maksud yang kedua ialah gelaran kehormat di Malaysia yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong ( sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara ).

4.0 Penutup

Kesimpulanya didapati bahawa walaupun perkataan bagi sistem panggilan dikaji dua bentuk bahasa yang berbeza tetapi makna yang hendak disampaikan adalah sama. Selain itu juga mendapati bahawa dalam bahasa Melayu, penggunaan sistem panggilan adalah bergantung kepada konteks iaitu sistem panggilan yang digunakan harus merujuk kepada status orang yang dirujuk. Hal ini juga didapati dalam bahasa Mandarin.

Tuesday, January 13, 2009

HMT 329: Faizal Tahir - "Gemuruh"

Faizal Tahir -Gemuruh Lirik :

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Ulang :Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

HMT 329: Norkhiriah