Wednesday, April 1, 2009

Laporan Pengembaraan ke Gurney

Penggembaraan menaiki bas ke Gurney telah diadakan pada 22 Mac yang lepas. Kami sekelas HMT 329 telah bersama-sama Dr. Radiah dan Cik Helina bertolak dari USM ke pusat Komtar pada awal pagi. Selepas itu, kami bersama-sama menunggu bas percuma (City Hop On Free ). Di sepanjang perjalanan, kami gemar menangkap gambar yang berkenaan dengan objektif pengembaraan kita terutamanya dari aspek analisis konstrastif.



Gambar ini merupakan sebuah restoran yang terletak di Komtar. Nama restoran ini ialah "Hai Nan Town". Dialek orang Cina dibahagikan kepada pelbagai jenis dan Hai Nan merupakan salah satu dialek bagi orang Hai Nan. Makanan yang paling terkemuka bagi orang Hai Nan ialah "Hai Han Ji Fan" ( nasi ayam ). Papan restoran tersebut menulis "Hai Nan Town" tetapi dalam bahasa Cina cuma diterjemahkan kepada "Hai Nan", ini bermaksud berlakunya pengguguran perkataan "Town" dalam bahasa Cina.

Gambar ini diambil di sekitar bangunan sejarah iaitu Fort Cornwallis. Perkataan-perkataan atas papan ini cuma ditulis dalam bahasa Melayu dan tidak melibatkan bahasa-bahasa lain. Bagi pelancong yang melawat ke Fort Cornwallis, mereka mungkin tidak memahami akan maksud perkataan-perkataan yang atas papan itu.

Gambar ini diambil semasa kita menunggu bas percuma di Komtar. Papan tanda ini ditulis dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. "Free Shuttle" dalam bahasa Melayu dikenali sebagai "Bas Percuma". Saya menghuatiri bahawa sama ada perkataan "Shuttle" boleh ditulis sebagai "bus" dalam bahasa Inggeris kerana "bas" mempunyai maksud yang sama dengan "bus" dan perkataan "bus" adalah lebih mudah difahami maksudnya.