Sunday, January 18, 2009

HMT329: Perbandingan hubungan antara bahasa dan makna

Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna
Tajuk: Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna untuk berita Bernama berbahasa Mandarin dan berbahasa Melayu [Analisis Konstrastif Semantik]

1.0 Pendahuluan

Esei ini akan membandingkan persamaan dan perbezaan antara hubungan perkataan dengan makna untuk berita Sit Chew Jit Poh dalam bahasa Mandarin dan berita Utusan Malaysia dalam bahasa Melayu. Kami akan mengkaji dari aspek sinonim intrabahasa dan interbahasa. Berita dalam bahasa Melayu yang bertajuk “Tiada bas ekspres selepas tengah malam” akan dibandingkan dari aspek sinonim intrabahasa dan interbahasa dengan berita bahasa Mandarin yang bertajuk “為乘客安全‧長巴或禁午夜上路” ( “wei zheng_ke an_quan, chang ba kuo jing wu ye shang lu” ). Sinonim ialah perkataan yang berlainan bentuk dari segi ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama ( Yule, 1996:118; O’Grady, 2000:225; Fromkin et al, 2003:181; Finegan, 2004: 192; Kuiper & Allan, 2004:54 )

2.0 Tujuan

Tugasan ini ialah menganalisis konstrastif antara kedua-dua berita dalam bahasa Mandarin dan bahasa Melayu. Walaupun dari segi bentuk dan sebutannya adalah berbeza tetapi maksudnya adalah sama iaitu sinonim. Terdapat beberapa contoh yang agak ketara yang membolehkan kita melihat aspek konstrastif dengan mudah. Di sini, persamaan dan perbezaan penggunaan perkataan dapat dilihat dan dikaji dengan teliti pada bahagian dapatan dan analisis.

3.0 Kaedah

Langkah pertama yang kami lakukan adalah mendapatkan data berita Mandarin dan berita Melayu dari laman web Utusan Malaysia (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm). Seterusnya menggunakan kaedah korpus dari TextSTAT. Sebelum memasukkan data bahasa Mandarin ke dalam TextSTAT dikehendaki menterjemahkan berita Mandarin ke ‘han_yu_pin_yin’ kerana dokumen textSTAT tidak dapat menerima kata Mandarin. Kemudian, kami mengeksport bentuk kata dalam Microsoft Excel untuk mendapatkan frekuensi setiap perkataan yang terdapat dalam kedua-dua berita tersebut. Melayari internet di laman web Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan makna perkataan yang dikaji.

4.0 Dapatan dan Analisis

Kami mengkaji Berita 1 dan Berita 2 dari aspek bentuk panggilan bahasa Mandarin dan bahasa Melayu. Dalam berita bahasa Mandarin, “拿督” digunakan untuk merujuk kepada seseorang mempunyai pangkat tertentu terutamanya berkhidmat di kementerian tertentu, maksudnya mempunyai status pekerjaan yang lebih tinggi yang lebih daripada orang biasa. Mengikut Dewan Bahasa Edisi keempat, “datuk” dalam bahasa Melayu bermaksud gelaran kehormat kepada orang yang berpangkat atau bermartabat tinggi ( yang biasanya menjadi pembesar negeri). Maksud yang kedua ialah gelaran kehormat di Malaysia yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong ( sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara ).

4.0 Penutup

Kesimpulanya didapati bahawa walaupun perkataan bagi sistem panggilan dikaji dua bentuk bahasa yang berbeza tetapi makna yang hendak disampaikan adalah sama. Selain itu juga mendapati bahawa dalam bahasa Melayu, penggunaan sistem panggilan adalah bergantung kepada konteks iaitu sistem panggilan yang digunakan harus merujuk kepada status orang yang dirujuk. Hal ini juga didapati dalam bahasa Mandarin.

Tuesday, January 13, 2009

HMT 329: Faizal Tahir - "Gemuruh"

Faizal Tahir -Gemuruh Lirik :

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Ulang :Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

HMT 329: Norkhiriah


HMT 329: Forensic Heroes II

Forensic Heroes II (Cina Tradisional: 法證先鋒II ) merupakan drama moden TVB yang disiarkan pada Mei, 2008.
Siri merupakan sambungan bagi drama Forensic Heroes TVB yang telah disiarkan pada 2006. Pelakon utama termasuk Bobby Au-Yeung, Frankei Lam, Yoyo Mung daripada siri original dan pelakon baru, Kevin Cheng dan Charmaine Sheh.



Genre: Suspens Moden
Dibintangi: Bobby Au-Yeung, Charmaine Sheh, Kevin Cheng, Frankie Lam, YoYo Mung, Linda Chung
Negara asal:Hong Kong
Bahasa:Kantonis
Bilangan episod: 30
Penerbit: Mui Siu Ching
Tempoh siaran: 45 minit (anggaran)
Saluran asal: TVB Jade
Siaran pertama: Mei 19, 2008 – Jun 27, 2008

HMT329: Soal Selidik tentang "Yasser Arafat"

Soal Selidik tentang "Yasser Arafat"
Saya telah mengemukakan beberapa soalan soal selidik. Soalan ini diberikan kepada 3 bangsa yang brbeza iaitu Melayu, Cina, dan India. Soalan saya adalah seperti berikut:
1. Adakah anda tahu “Yasser Arafat”?
2. Bagaimana anda mengenalinya? Melalui rakan?ibu bapa?pensyarah?suratkhabar?televisyen?
3. Apakah pandangan anda terhadap beliau?

Hasil daripada soal selidik, saya telah mendapati bahawa pelajar Cina yang menjalani soal selidik ini tidak mengenali “Yazzer Arafat”, alasan yang diberi oleh mereka adalah seperti berikut:
1. Jarang membaca suratkhabar bahasa Melayu.
2. Tidak berminat dalam hal politik.
3. Tidak berminat tentang hal-hal yang berlaku di luar negara.
4. Hal-hal politik tidak berkenaan dan berkait dengan pembelajaran.

Bagi pelajar Melayu dan India, kebanyakkannya mengenali beliau. Walaupun mengenali nama beliau tetapi maklumat ( latar belakang, sumbangan Yazzer Arafat ) yang selanjutnya tentang beliau pula mereka kurang ambil tahu dengan memberi alasan “tidak minat”.
Soal selidik ini diberikan kepada 5 orang pelajar ( 2 orang pelajar Melayu, 2 orang pelajar Cina dan 1 orang pelajar India ). Dalam kalangan orang Cina, semua tidak mengenali beliau. Di kalangan orang Melayu dan India, mereka mengenali siapa Yasser Arafat.


Thursday, January 8, 2009

HMT329: Analisis Konstrastif, Palestin VS Israel

Kelas hari juga seperti biasa, masih bermula pada pukul 8 pagi. Hari ini, Dr Radiah telah memberikan penerangan yang lebih lanjut tentang analisis konstruktif. Analisis kontruktif adalah unsure yang perlu kita membandingkan dua unsur dalam sesuatu perkara. Contohnya, kita membandingkan unsur X dan unsur Y. Seterusnya, kita membandingkan sesuatu perkara samaada mempunyai persamaan atau perbezaan. Unsur X dan unsur Y hanya sebagai lambang sahaja.
Contohnya, solan 1.

Apakah maksud tentang Palestin?

Jawapan pelajar HMT329:
no.13. Negara yang sedang dijajah
no.15. sebuah Negara Islam
no.17. Negara yang selalu kena bom
no.23. Negara yang tidak stabil
no.25. rakyat yang ditindas
no.27. rakyat yang hidup dalam derita
no.29 banyak rakyat yang terkorban

Soalan 2:

Apakah maksud tentang Israel?
Jawapan pelajar HMT329:
2. sebuah Negara Kristian
4. kejam, menindas, membunuh
6. sebuah Negara yang tidak bercampur dengan politik
10. sebuah Negara yang mempunyai pemimpin yang kejam.
8. sesebuah peperangan yang mempunyai rakyat terkorban.
14. Negara yang mempunyai pemimpin yang berkomunikasi.

Bedasarkan maklumat daripada soalan 1 dan soalan 2, kita dikehendaki membuat perbandingan dari segi persamaan dan perbezaannya. Berdasarkan jawapan yang kita berikan, mereka mempunyai pendapat atau pandangan yang berlainan mengenai ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara Palestin dan Israel. Antara jawapan yang diberi adalah seperti berikut:

No.28. Negara Israel lebih kuat.
No.24. Israel negara yang menindas, Palestin negara yang menindas.
No.9. Mempunyai agama yang berlainan. ( sukarela )
No.15. Israel ialah negara yang lebih kuat berbanding dengan palestin.
No.12. Wujud konflik politik antara kedua-dua negara.
No.8. Sebagai akibat rakyat yang menerima penindasan dan penderitaan.

Walau bagaimanapun, Dr. Radiah menyuruh kita mencari ungkapan yang sahih dan salah berdasarkan data yang dicari. Kami membuktikan kesahihanya dengan menggunakan Wikipedia, Berita Harian online, dan utusan online. Kemudian, kami pun memberi pendapat masing-masing, antaranya ialah

No.22, 7, 5. Mendapatkan bukti melalui Wikipedia bahawa ciri-ciri yang diberikan oleh
no.25 dan no.4 adalah betul, iaitu mengesahkan Israel dan Palestin berkonflik.
No.6 dan no.11. Membuktikan bahawa rakyat Israel tidak semestinya beragama Kristian
tetapi juga menganut agama yang berlainan.
No.10 dan no.26. Berdasarkan no.12, mereka membuktikan bahawa sememangnya
terdapat konflik antara kedua-dua negara ( dipetik daripada Wikipedia yang bertajuk “Konflik Israel Palestin )
No.27, no.29 dan no.8. Berdasarkan no.27, mereka membuktikan bahawa rakyat memang hidup dalam derita. ( dipetik daripada Utusan Malaysia online )

Jong Hui Ying, 91123
Lim Siew Suan,89696
Toh Wei Haur, 89798
Liew Siew Foong, 89693
Wong Siet Li, 89802
Koh Siew Kin, 89687


Wednesday, January 7, 2009

HMT329: ISRAEL GEMPUR GAZA





LIM SIEW SUAN (89696)
JONG HUI YING (91123)
TOH WUI HAUR (89798)